Pembezaan cermin kereta single layer dan double layer
Whatsapp Kami
Cermin Berlapis (Double layer / Laminated Glass)
Cermin kereta double layer adalah cermin yang berlapis juga dikenali sebagai "Laminated Glass" atau "Lamisafe" dalam Bahasa Inggris.
Kebanyakan cermin hadapan dipasangkan dengan cermin yang berlapis (Laminated Glass).
Macam mana mengenal-pasti cermin double layer dengan cermin single layer?
Laminated Glass
Tulisan LAMI bermaksud LAMINATED
Cara mengenal pasti cermin single layer atau double layer adalah senang, anda cuma perlu tengok tulisan yang ada pada logo cermin anda.
Apakah kebaikan dan keburukan cermin double layer (Laminate) ?
Apakah kebaikan dan keburukan cermin double layer (Laminate) ?
Kebaikan cermin double layer adalah apabila terkena batu ia masih boleh dilihat dan dipandu, tidak seperti cermin single layer.
1. Keburukannya cermin double layer adalah sepihan yang pecah amat tajam.
Jikalau terkena serpihan cermin laminated pada bahagian badan akibatnya boleh sangat serius.
Jesteru itu, Pemakaian Tali Pinggan Keledar adalah penting kerana ia mungkin menyelamatkan nyawa anda.
2. Keburukan cermin double layer adalah dari segi keluar dari kereta apabila kecemasan
Apabila terjatuh ke sungai ataupun laut ia sukar untuk pemandu menyelamatkan diri dan keluar dari kereta. Walaupun pemandu selamat keluar mengikut cermin hadapan, pemandu mungkin mengalami kecederaan serius.
Masih boleh dilihat walaupun retak / pecah
Cermin Single Layer (Tempered Glass)
Cermin Selapis (Single Layer) juga dikenali sebagai "Tempered Glass" atau "Temperlite" dalam Bahasa Inggris.
Cermin selapis atau cermin single layer biasanya dipasangkan pada bahagian pintu cermin dan belakang kereta.
Kebaikan cermin selapis adalah ia tidak begitu tajam, walaupun terkena serpihan cermin kecederaan pemandu tidak seteruk terkena serpihan cermin dari cermin laminated.
Apakah kebaikan dan keburukan cermin single layer (Tempered Glass) ?
Kebaikan cermin selapis adalah dari segi kecemasan, pemandu senang keluar mengikut pintu apabila terjatuh ke dalam sungai dan laut.
Keburukan cermin single layer adalah apabila retak ia juga sukar dilihat dan dipandu. Cermin single layer akan retak seribu serpihan jikalau cermin tersebut tiada tint film.
Keburukannya adalah sukar dilihat apabila ia pecah.
Cermin single layer sukar dilihat apabila pecah / retak
Tekanan menyebabkan kesukaran membuka pintu. Justeru itu, cermin single layer boleh dipecahkan untuk melarikan diri dari kecemasan.
Cermin pecah seribu serpihan jikalau tak lekat Tint Film
Cermin pintu digalakan mengunakan tint film (NanoFilm). Kerana tint film akan menahan serpihan cermin daripada terkena mata pemandu apabila pecah / retak.
- Halaman Pertama
- Kedai Cermin Kereta Wind Autoglass Supplies
- Harga Cadangan Cermin Kenderaan
- Pemasangan Tidak Professional
- Baiki Cermin Kenderaan
- Cermin yang penar Kami Pasangkan
- Langkah-langkah Yang Perlu Diingat Selepas Pemasangan Cermin
- Tint Film Kami - Nanofilm
- Cara-cara Menjaga Cermin Anda
- Ketahui Maklumat Lebih Lanjut tentang Insuran Cermin
- Kami Menerima Semua Insurans Cermin
- Apakah itu Cermin Double Layer dan Cermin Single Layer
- Mengenal-pasti Cermin Original atau Bukan Original
- Pemeriksaan Pengelap Cermin Kenderaan anda