Pantang Larang Selepas Pasang Tint film Kereta

Apakah pantang larang selepas pasang tint film pada kereta anda?
Pantang larang dan Cadangan selepas pasang tinted film pada kereta anda.

Pantang larang yang perlu diingat selepas pemasangan tint film pada kereta anda selama tempoh 7 hari.

Jangan buka tingkap cermin, Tint film yang belum kering atau belum lekat sepenuhnya mungkin akan terkeluar atau terlipat apabila anda buka cermin tingkap.



Jangan pasangkan pemegang telephone bimbit ( phone holder ) dan Dash Cam, kerana pemegang telephone bimbit dan Dash Cam akan menyebabkan tint film yang belum kering menghasilkan gelumbong angin ( bubble ).



Jangan pasangkan heater pada belakang cermin kereta. Kerana heater line akan menyebabkan tint film yang tak kering menghasilkan gelombang angin.




Langkah-langkah yang perlu diingatkan supaya tint film sentiasa dalam keadaan baik.

Jangan pasang heater apabila cuaca panas atau cuaca tak hujan. Ia akan menyebabkan gelombang angin kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan gelombang angin walaupun tint film sudah kering.
Ia juga akan menyebabkan cermin belakang anda pecah kerana suhunya yang tinggi bergabung dengan cuaca yang panas.




Jangan lekat magic tint pada cermin kereta anda yang sudah lekat dengan tint film. Ia akan dan merosakkan tint film anda.

Magic tint yang lekat dekat tint film akan rosak permukaan tint film menjadikan color tidak seimbang dan mengurangkan hayat tint tersebut.
*magic tint biasa tidak mengurangkan haba ( heat rejection ) yang masuk ke dalam kereta. Magic tint hanya mempunyai color sahaja. Kerana ini banyak kedai tint tidak mengesyorkan magic tint.