Pembezaan Cermin Original dengan Tidak Original

Perodua Myvi (Original)

Apa Pembezaan Cermin Kereta yang Tulen (Original) dengan Cermin Kereta yang tidak Tulen (None Original)?



Bagaiman nak mengenal pasti cermin kereta anda tulen ke tidak tulen?
Caranya senang sahaja, anda cuma perlu lihat logo yang berada di sisi bawah cermin kereta anda.


MAZDA 5 (ORI)
Cermin Local (China Made) Fuyao Laminated


Anda juga boleh mengenal pasti cermin kereta yang dipasang tulen (original) ke tidak tulen dengan rujukan logo yang berada di sisi cermin pintu kenderaan anda. Logo biasa sama dengan logo pintu. Cuma ada pembezaan tulisan sama ada Temperlite dan Laminated.

Rujukan Cermin Sisi Pintu

Rujukan Cermin Depan Pintu


Pembezaan cermin kereta tulen (original) dengan bukan original (non original)

Cermin kereta original mempunyai penglihatan 5% lebih jelas berbanding dengan cermin kereta bukan original.

Cermin kereta original mempunyai 99.9% kesempurnaan berbanding dengan 95% cermin kereta bukan original.

Cermin kereta original silaunya 5% kurang berbanding dengan cermin kereta bukan original.

Cermin kereta original mempunyai bentuk dan pemukaan yang cantik berbanding dengan cermin kereta bukan original (bukan semua cermin bukan original Baca Petikan di Bawah) mempunyai bentuk serupa ombak. (kadang-kadang memeningkan kepala dengan imej yang dilihat besar dan kecil)


Cermin kereta yang bersilau.


Cermin kereta bukan Original

Pembezaan harga antara cermin kereta original dan cermin bukan original kadang-kadang tidak ketara. Anda harus memilih cermin kereta original apabila pembezaan harga antara cermin original dan original tidak ketara.

Misal kata cermin Honda Insight cermin hadapan original adalah RM 5500.00 (siap pasang) dan harga cermin hadapan bukan original hanyalah bernilai RM 800.00 (siap pasang). Dengan ini anda harus memilih cermin kereta buka original sebab harga original jauh lebih mahal.


Cermin kereta Honda City SD8 cermin kereta hadapan adalah RM 550.00 (siap pasang) dan cermin kereta bukan original RM 450.00 bezanya RM 100.00 sahaja. Dengan ini anda haruslah memilih cermin yang orignal kerana harga beza tak ketara.


Cermin kereta dari China atau cermin yang tidak tulen bukan semuanya tidak berqualiti. Jenama memainkan peranan yang penting.

Terdapat 2 syarikat dari China mengeluarkan cermin yang berqualiti XYG dan Fuyao Group.
Xyg Glass mengeluarkan cermin original seperti Chery Easter, Haval, Proton, dan Lain-lain. Syarikat Xyg sangat besar, Xyg mengeluarkan kebanyakan cerminnya ke negara India, USA, dan Russia.
Fuyao Group pula mengeluarkan cermin original untuk kereta Bentley, Volvo, Nissan, Toyota, Volkswagen, Mazda, Audi, Mercedes, BMW, Kia, Hyundai, Ford, Mitsubishi, Suzuki, GM, Honda, Daihatsu, Peugeot dan lain-lain.


Cermin Kereta buatan Fuyao


Cermin Kereta buatan Fuyao


Cermin Kereta buatan XYG

Proton X70 Cermin Tulen buatan China


Proton X70 Premium Cermin Tulen (Fuyao Glass)


Proton X70 Standard dan Executive Cermin Tulen (XYG)