Apa tujuan dan sebab-sebab perlu memasang tint film?



1. Dengan pemasangan tint pada cermin kereta akan dapat melindungi dari silau sinaran cahaya matahair yang amat merbahaya kepada pemanduan anda. Ianya amat penting buat anda yang mempunyai masalah rabun silau terutamanya.




2. Perlindungan Privasi

Pemasangan tinted juga dikatakan untuk perlidungan privasi, Sekiranya anda mempunygai barang berharga yang tanpa anda sedari telah tertinggal di dalm kereta, orang ramai tidak akan menyedari adanya barang berharga di dalam kenderaan anda kerana cermin gelap yang agak sukar dilihat.



Ia juga sangat penting untuk kaum wanita khususnya ketika memandu di waktu malam. Mengurangkan risiko untuk digangu oleh samseng jalanan yang kebiasaannya akan menyasarkan kaum wanita sebagai mangsa. Kerana mereka tidak dapat mengenapasti pemandu di dalam kereta lelaki ke perempuan.


3. Mencegah dari Sinaran UV

Kita sering memberikan perlindungan terhadap kulit daripada sinaran ultralembayung (UV - ultraviolet) kerana pendedahan berlebihan boleh merosakkan kulit. Namun, kita tidak menyedari pendedahan berlebihan sinar berkenaan terhadap mata juga boleh merosakkan organ penting itu.

Seperti mana sinar UV boleh menyebabkan kulit terbakar, berkedut, mengalami penuaan dan menyebabkan kanser kulit, kesan sama juga boleh menjejaskan mata. Kerosakan mata berlaku kerana kira-kira 99 peratus sinar UV diserap oleh bahagian depan mata. Kesan kronik kerosakan mata akibat pendedahan berlebihan kepada sinar UV juga boleh menyebabkan kebutaan.




4. Ketahanan Cermin Kereta Lebih Baik

Sekiranya kereta yang terlibat dalam kemalangan itu memasang tint, cermin kereta tersebuty tidak akan pecah bekecai atau pecah seribu.
Ia akan mengurangkan kecederaan dan berfungsi sebagai keselamatan.




5. Suasana redup dalam kereta

Pemasangan tint mampu mengurangkan haba masuk ke dalam kereta. Memandu kereta dalam keadaan yang panas akan menyebabkan anda berasa kurang selesa dan ianya akan menjejaskan mutu dan keselamatan anda.